Sabtu, Julai 31, 2010

Sikap

Duduk sendirian, saat ini saya memikirkan nasib diri ini di masa hadapan..

Saya seorang yang tak pandai menunjukkan saya ni kasih pada mereka, seorang yang degil.......... tapi saya sayang sangat pada mereka semua.. keluarga saya...

kisah nyonya...

kemarin saya pergi the mines... kerna penat duduk la kat bangku sambil menjaga barang2 kawan.. .

di sana mcm2 org pelbagai warna kulit, gemuk kurus, tinggi rendah, muda tua.......yang saya jumpa lalu lalang di depan saya... saya suka memerhati mereka semua... tetapi seorang nyonya menarik perhatian saya... dia seperti dalam kesakitan so saya jemput dia duduk dkt bangku ... kerna saya kesian tengok dia... . Dia asyik memerhati saya seakan ingin berbual dengan saya dan tak lama dia mula menegur saya " kamu tunggu siapa amoi, mama , bapa ..?"
saya pun menjawab" saya tunggu kawan2 saya". Dia tersenyum dan menganggukan kepalanya. Tak lama dia mula bercerita tentang sakit di bahagian pahanya dan berkata biasalah dah tua....,kisah anak-anaknya dan tentang perkahwinan campur... Perbualan kami terhenti apabila anak perempuannya yang tersenyum datang dari arah kanan menjemput nyonya itu.

Hal yang menarik perhatian saya nyonya ini seorang yang berfikiran terbuka, tak sombong dan ramah... saya masih ingat kata-kata dia" saya tak kisah anak-anak saya kwin org India, Melayu, Cina..org Sabah..sarawak atau dari negara mana pun.. Muslim.. Kristian.. yang penting anak-anak saya semua bahagia... Anak-anak saya semua sibuk kerja jadi mereka jaga saya secara bergilir-gilir... . sungguh bertuah nyonya itu punya anak yang bertanggungjawab kepada ibunya..

Moral of the story...nilai kasih sayang,pengorbanan,cintakasih,bertanggungjawab ... "keluarga"...........

kehidupan di sana

Terjaga dari mimpi yang indah
bahawa hidup ini terlalu banyak persimpangan
hidup ini berhadapan dengan pelbagai pilihan..
hidup ini hanya sementara
bahawa hidup ini akhirnya akan menuju ke kehidupan di sana..

Rindu

Aku disini sendiri...
Pada siapa harusku luahkan tentang rasa
yang terpendam jauh ke dasar lubuk hatiku.
Aku sentiasa terkenangkan saat aku di sana
Aku gembira tak terkata.

oh! sakitnya memendam rindu,
aku hanya mampu memandang mentari,
mengharapkan mentari terus tersenyum dan menjadi cermin tuk diriku
dan buat mereka juga.
Aku hanya mampu membisikan pada sang angin moga sampai rinduku
pada mereka di sana.
sesungguhnya aku sayang akan keluargaku kerna mereka aku ada disini.

teka teki

1.Burung apakah yang hanya boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?

2.Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang akan makan tepinya sahaja tetapi tengahnya tidak dimakan?

3.Ada satu benda, kita berdiri dia baring, tapi bila kita baring dia berdiri dan bila kita jalan dia pun ikut sama. Tapi tanpanya kita tak ke mana.


4.Mana lagi tua, motorsikal , kereta, bas atau kapal terbang?

5.Banyak bas yang ada di dunia ini, tapi bas apa yang pandai?

6.Kering sangat di jilat-jilat untuk buat ia basah, bila basah baru kena cucuk. Apakah ia?

7.Di dalam hutan ada 8 ekor burung, 4 ekor ditembak oleh pemburu, berapa yang dah lari?

8.Saya suka berada di atas air, tetapi saya tak pandai berenang mahupun bergerak. Siapakah saya?

9.Saya sejenis alat menyelam, tetapi sangat popular dari anda semua kerana saya ada dekat internet. Siapakah saya?

10. Alkisah, dimana raja dan petani terjatuh ke gaung, siapakah yang mati?

11.Banyak-banyak kuda, kuda apa yang popular paling kurus dan nipis?

12.Bunga apa yang cantik berseri dan berkembang mekar di malam raya?

13.Tanpanya kita tak mampu berjalan melalui dinding keras konkrit?

14. Dia ni bila turun sangat lah lambat, tapi bila naik sangat cepat pula. Siapakah dia?


15.Mempunyai 10 kaki dan boleh terbang hingga ke barat, selatan, utara?

16.Banyak binatang dalam dunia ini tapi binatang apa paling pemalas tak terurus ?

17.Kereta banyak jenis, malah lambang kemewahan orang tapi apa yang susah untuk dicari?

18.Dia mempunyai bulu lebat, isi , dan juga batang, apakah ia?

19.Buku diterbalikkan jadi buku..teh di terbalikkan jadi....?

20.Kereta ini besar dan selesa, tetapi kalau kalau kereta ini diberi percuma tiada siapa mahu atau naik. Kereta apakah ia?

21.Binatang ini kaya kerna mempunyai kereta?

22.Mempunyai 6 kaki, tetapi yang berjalan pula hanya 4 kaki?

23.Pokoknya nun di atas bukit ular suka bersembunyi dibawahnya, daunnya itu pula ada atau diimport diseluruh dunia tapi daunya itu cuma boleh digunakan apabila masuk dalam air. Apakah ia?

24. Tubuh hanya satu tapi punya 2 nyawa?

25.Masa dia hidup orang seronok gembira menyanyi, dan masa dia mati kita tetap seronok dan bertepuk tangan.

26. buah apa lain dari yang lain mempunyai sikap manusia yang suka berangan sahaja ?

27.Si pembuat tidak memerlukanya tetapi orang lain memerlukannya, dan yang dibelikan pula tak tahu rupanya tapi tanpanya orang takkan kenal empunya.

28.Si gemuk banyak angin main tembak-tembak kena lantai terus kena hidung?

29.Tahi apa yang tak kotor dan mudah dibawa dimana-mana sahaja ?

30. Siput babi dan gonggok bertanding untuk naik ke puncak bukit siapakah yang menang dan siapakah yang kalah serta apakah sebabnya.

31. Burung apa yang tak pandai duduk diam ada sahaja yang dibuatnya?

32. Banyak- banyak burung, burung apa yang tak pandai pusingkan lehernya.

33. mengapa kucing dan anjing bergaduh.

34.sebanyak-banyak binatang, binatang apakah yang sangat manja dan suka bersiar-siar bersama ibunya.

35.ada macam-macam jenis daun, daun apa yang gatal.



Jumaat, Julai 30, 2010

Indahnya hari ini

sang mentari teruslah bersinar
terangi jiwa ku yang kian malap ditelan suram...

sang mentari tersenyumlah buatku tersenyum
melupakan segala duka kerinduan yang ada dalam diriku...

sang angin kau tiupkanlah salam rindu buat keluargaku di kampung........
AKU RINDU DAN SAYANG MEREKA SUNGGUH ...............................

jalan..........

hari ini saya mau pergi di perpstakaan negara.... dan saya berharap sangat dapat jumpa buku yang boleh membantu saya punya projek ilmiah ni...........Amen.

something that I can't change and regret it..

I'm hardly believe that I'll stuck in this kinda of situation..then it's make me crazy ..
argh! why.......??? sometimes........... I hate them....... smiling..seeing...
huhu... crying ..? mad...? sad.....no...it's because I'm just an ordinary person..and keep remind myself...that everything's gonna be alright.............. .

Jumaat, Julai 23, 2010

tak dapat komen

geram tol dari semalam nda dapat komen..hu!...
tak tau apa kena oh!.........

Rabu, Julai 21, 2010

sempurnakah mereka..

mereka bicara seperti orang yang sempurna..
berkata sesedap mulut ...terusan memandang serong..
pernahkah mereka mencuba mencari tahu puncanya .. ?
tahukah mereka apa itu erti kemanusiaan ....?

hinakah seseorang itu yang punya sejarah silam..?
sedangkan manusia itu tak pernah lari dari melakukan kesilapan..
satu masa mereka akan tersedar dari mimpi indah....
kerna tak sesiapapun yang dapat meramal apa kan terjadi di masa hadapan...

orang asing

kadangkala aku merasa seperti orang asing...
hanya mampu tersenyum..ketawa..melihat namun ku tak mampu tuk mengatakannya..
sengaja ku dibelakang ...dan biarkan semuanya kedepan...
aku hanya mampu berkata dalam diri siapa aku ...layakkah aku...
aku bukan jenis bermulut manis...namun aku kan terus setia mendengar.... .

Selasa, Julai 20, 2010

tika ini..

Sendiriku di sini ..
rinduku tuk di sana....
tiap kali rasa ini menyerang diriku...
terasa sebak.... ingin ku renangi lautan gelora..
tuk sampai di sana...
namun di sini ku punya matlamat..
terima kasih memberiku peluang tuk sampai di sini..
takkan ku sia-siakan segala lelah pengorbanan,harapan menggunung,kepercayaan
dan kasih sayang yang diberikan untukku.. mengenal erti susah2 dahulu senang2
dikemudian hari.....

Terima kasih buat keluarga tercintaku....

lamanya..

seperti biasa pegi bungkus makanan..hehe
turun je dari bas wa...banyaknya orang.... dengan pelbagai ragam...
pmpn ..lelaki sama ja...tapi pa boleh buat dah nak makan... pergi je la..
kami bertiga pun menuju ke tempat ma kelate.. astaga.. banyak tol orang..Melayu,Cina,India,Borneo... mcm2 ada.. nak pesan makanan pun kena beratur..
sabar je la...
tunggu punya tunggu....makanan yang dipesan tak siap2 lagi..hu..tol2 buat sakit ati..geram.. dengan selambanya pegi tanya ma tu dah siap ke belum..? sori la nasi abis nak kena goreng lagi.... ar..? dah dekat sejam menunggu ...kami bertiga pun sepakat tak nak tunggu so cau la dari tempat tu... huhu...

masa berlalu begitu je...
erm... jawabnya... malam ni makan Maggi Tomyam lagi la...ish..ish.. sedih tol la.

Isnin, Julai 19, 2010

Grafik Mentari ^___^..

Hari ini belajar asas grafik.. best! kena ingat 5 Perkara:

1. Mudah
2.Teks
3.Kesesuaian
4.Warna
5.keseimbangan

hehe...teringat la pula gelagat my group Mentari...
xmenang tangan la jawabnya..^___^
kerja tu pula kena siapkan awal dan hantar jam9.45pm kat blik Dr..hehe..

Dengan tangan menggeletar dan nak tekuar urat ety...zie lubangkan MB A4 tu..
hebat... sumanya 6 helai tebal pula tu..
ekin pula siap lekatkan huruf2 yang comel tu ngan uhu stic.. Uhu stic tu pula wangi jak cam nak makan je..hehe
ila ngan liz... kebingungan kerna nombor2 yang dah saya gunting dan sediakan pula hilang ntah kemana, ni la jadinya kalo dah nak kejar masa benda didepan mata pun dah tak nampak..hehehe..

dup dap dup dap... wa... da dekat timenya nak hantar tinggal 5 minit lagi..
hehe kalo tu memang kerja saya... hehe.. sempat tgk mka depan wow! cute la..ngan reben2nya..xsangka leh siapkan juga ni la hasil teamwork..semuanya jalan.. seh!...
wa... cm tak sempat ja... pa lagi pecut 100m la jawabnya samapaikan tangga kat depan pun tak nampak lompat je la. Terdengar gak suara kengkawan ketawakan ..hehe tak takut pun memang sblm ni da ada pengalaman lompat melompat ni..lompat pagar@lari berpagar 100,200,400m ngan lompat tinggi..hehe tu kisah dulu skrg dah xlarat badan pun dah naik .. aish! pa kan jadi kalo bakal mertua nampak bakal menantunya lompat tangga tu pmpn pla tu hehe kena reject kali..isk2x... xpela... emergency kunun bah.. yang penting landing di tempat yang selamat..kan..

erm... tok..tok..tok... berdebar la pula takut kerja group Mentari tak diterima Dr. piuh...nasibla..pintu tu terbuka dan akhirnya selamat berada di bilik Dr..
hehe tersenyum lebar la.. kerja da siap.. tersenyum lebar cam ni ar..^____^hihihi..

Jumaat, Julai 16, 2010

Khamis, Julai 15, 2010

hari ini

Alangkah baiknya jika kita dapat mengawal waktu untuk perbetulkan masa silam kita tapi apakan daya kita hanya manusia biasa yang tidak kan lari dari melakukan kesilapan.