Sabtu, Julai 31, 2010

kisah nyonya...

kemarin saya pergi the mines... kerna penat duduk la kat bangku sambil menjaga barang2 kawan.. .

di sana mcm2 org pelbagai warna kulit, gemuk kurus, tinggi rendah, muda tua.......yang saya jumpa lalu lalang di depan saya... saya suka memerhati mereka semua... tetapi seorang nyonya menarik perhatian saya... dia seperti dalam kesakitan so saya jemput dia duduk dkt bangku ... kerna saya kesian tengok dia... . Dia asyik memerhati saya seakan ingin berbual dengan saya dan tak lama dia mula menegur saya " kamu tunggu siapa amoi, mama , bapa ..?"
saya pun menjawab" saya tunggu kawan2 saya". Dia tersenyum dan menganggukan kepalanya. Tak lama dia mula bercerita tentang sakit di bahagian pahanya dan berkata biasalah dah tua....,kisah anak-anaknya dan tentang perkahwinan campur... Perbualan kami terhenti apabila anak perempuannya yang tersenyum datang dari arah kanan menjemput nyonya itu.

Hal yang menarik perhatian saya nyonya ini seorang yang berfikiran terbuka, tak sombong dan ramah... saya masih ingat kata-kata dia" saya tak kisah anak-anak saya kwin org India, Melayu, Cina..org Sabah..sarawak atau dari negara mana pun.. Muslim.. Kristian.. yang penting anak-anak saya semua bahagia... Anak-anak saya semua sibuk kerja jadi mereka jaga saya secara bergilir-gilir... . sungguh bertuah nyonya itu punya anak yang bertanggungjawab kepada ibunya..

Moral of the story...nilai kasih sayang,pengorbanan,cintakasih,bertanggungjawab ... "keluarga"...........

Tiada ulasan: