Rabu, Oktober 27, 2010

malam..

saya masih tak dapat lupa kejadian malam itu..
nasiblah hanya mengalami kecederaan ringan saja..
nasiblah.. tak jadi berita muka depan..
nasiblah tak ada amblnce dan.. polis datang ke tempat kejadian itu..
nasiblah tak ada yang gambar sini dan sana..
dan paling penting bersyukur kerana saya dan dia terselamat..
sehingga kini tertanya-tanya siapa gerangannya Pak cik yang baik hati itu..
nak sangat berterima kasih dengannya...


luka...

mereka melihat saya ok... tanpa ada kecederaan..
tersenyum... ketawa... bergembira...
tapi....erm... sakit badan terasa sana sini...
dalam dan luar....
cuma mampu bertahan dan merawatnya..
harap2 la cepat baik ni luka dan tidak meninggalkan kesan parut ..huhu..

Isnin, Oktober 11, 2010

8.10.2010

baru dapat buka Blog ni..huhu

8.10.2010..
ada apa dengan tarikh ini..?
erm seperti biasa saya soal saya jawab.hehe..
tarikh ini dimana saya takut bagai nak tercabut jantung..
kerna giliran saya diuji no.2 huhu..
hehe test JPJ..BHA..

Ok la... saya mau imbas kembali time 2..

ujian pertama Bukit...
masa 2 saya berdebar sangat sebab saya no.2 orang yang no.1 2 perempuan tapi dia cool saja.
dan ketika dipanggil untuk ujian bukit 2.. aduh dup dap dup dap...jantung saya
saya dapat yang sebelah kanan.
1st perempuan 2 yg duluan diuji... dan cantik roda 2 masuk dekat tengah2 petak kuning, dia pun angkat lah tangan dan tetiba kereta dia terundur ke belakang erm.. dia kandas dekat bukit..jadi En.JPJ 2 la yg bawa keta dia trun..

saya time 2 berdebar gila dan ketika En.Jpj 2 suruh naik saya pula terlajak kat depan nak tekan brek tapi tertekan minyak.. apalagi En Jpj 2 pun geleng kepala dan nasiblah saya diberi peluang kedua mulanya dia mau saya undur ja keta 2 tapi macamana kalau keta sudah didepan so dia suruh saya beratur tunggu kat belakang.. huuu..nasiblah syukurlah..

Tunggu punya tunggu akhirnya tiba giliran saya.. peluang kedua saya buat yang terbaik dan roda saya 75% dalam petak kuning itu dan aduh ketika nak turun hand brek tu keras macam besi berani... time 2 kuar juga airmata kenapa nda habis2 ada masalah ni.. En.Jpj 2 suruh turun saya pun dengan alternatif lain menumbuk hand brek tu barulah dapat diturunkan dan saya sedar keta saya terundur kat belakang nasiblah masih dalam petak kuning dan saya tekan minyak berabis dan brummm... keta meluncur dengan laju..huhu nasiblah lulus juga dekat bukit 2...

Ujian Kedua Parking..
huhu.. time ni saya mengingat step2... nasiblah ingat juga..
dan lulus juga..


ujian ketiga Penjuru..
ni yang paling saya takut ni...
sebab time latihan selalu saja tak bagus..
saya berdoa berabis.. nasibla.... saya dapat lakukan juga..
saya pun dipanggil turun oleh En.Jpj tu dan disuruh sain dekat borang biru 2..
saya sain dengan tangan macam pesakit parkinson.. huhu janji sain..

Time Lulus tu saya macam tak percaya saja...
saya tengok banyak kali kertas 2..
memang betul saya lulus...


Ujian Jalanraya pula...
erm harap2lah saya dapat En.Jpj yg baik.. dan syukurlah..
En.Jpj 2 sangat bagus siap tersenyum lagi..
semua debar dan takut menghilang begitu sahaja..
siap berborak lagi dalam keta..
dan keputusannya saya dapat 17/20..
syukurlah atas pagar pun atas pagar la.. janji lulus..hihi..

yeah saya dapat sudah lesen Memandu...
apa-apa pun mau berterima kasih atas doa family, kekasih..kawan2 tercinta kerana mendoakan tuk saya berjaya ..dan diatas keizinan Tuhan...^____^



Khamis, Oktober 07, 2010

ponteng kelas..

hari ini terpaksa ponteng kelas..sebab ada kelas memandu terakhir...

besok sudah test JPJ....nda tahu giliran kena pagi atau petang..
kalau petang ..huhu terpaksa ponteng kelas sastera dalam multimedia..walaupun hati rasa berat sangat sebab kelas itu paling saya suka....huhu..

Isnin, Oktober 04, 2010

Borang soal selidik..

Saya paling nda suka jawab borang soal selidik yang minta nama, no.fon,dan macam2 lagi..
saya paling tak suka jawab borang soal selidik yang 10 hlmn keatas..
saya paling tak suka bila ada soalan subjektif..

tapi saya buat jga apa yang saya tak suka 2.. sebab nak bantu kawan kan..
biarlah.. kan...
sabar saja la..

Ahad, Oktober 03, 2010

memandu...hahaha..

1st pengalaman memandu hahaha..
bawa macam orang mabuk...keta ke kiri ke kanan..kikikih..
siap kena marah lagi dengan cikgu memandu.. buat tak tahu ja la..hihi
huhu... tapi hari jumaat ini sudah test jpj...huhu.. takutnya ... dup dap dup...jantungku..

Bukit masalah: selalu mati enjin.
parking masalah: lupa step..
3 penjuru masalah: mati enjin dan keta bergerak..

Jalanraya.. takut, kelam kabut, gear pun tak masuk... keta macam ular..

erm.. apa saya mau buat ni...

Kalau gagal.. duit lagi melayang.....

erm... macam mana la ni..?

berdoa.. saja la...
apa terjadi jadilah..

Cikgu memandu 2 cakap...
sebenarnya saya boleh buat tapi kelam kabut...
dan masalah utama diri saya ialah TAK PERCAYA PADA DIRI..TAK YAKIN....

erm.. betul lah apa yang dicakap 2...

jadi tuk bina kekuatan saya mesti lawan ketakutan 2 ..
paling penting PERCAYA PADA DIRI ..

erm... saya kan cuba yang terbaik...
inilah masanya saya memberanikan diri menyahut cabaran Hari Jumaat ini walau apa pun terjadi
saya akan berusaha sebaik mungkin...



Jumaat, Oktober 01, 2010

tak dapat on9..

erm.. baru dapat on9 ni.. ni pn bka kat lab ja.. huhu kalo d blik memang ... xble buka langsung bha..
huhu........sabar saja la,.. kan

Selasa, September 28, 2010

akhirnya... ku temui ubatnya itu.

Sakitnya cuma aku sendiri yang tahu tetapi kini ku temui ubatnya....ubatnya bila aku dapat menulis. Sakit itu hilang serta merta, aku mampu mendengar bisikan angin, kicau sang burung, melihat mentari tersenyum, awan melambai menyejukan hati ku yang sedang membara.
Ya, Tuhan aku ini insan kerdil yang tak lari dari membuat kesilapan dan aku sedar kesilapan itu membuat aku menjadi lebih baik dari sebelumnya. Membuatkan diriku menjadi lebih tabah, telinga dan hatiku menjadi kebal akan segala kata-kata mereka yang menyakitkan hatiku,pandangan jijik terhadapku. Aku mungkin bukan insan baik buat mereka tetapi Engkau lebih tahu siapa diriku.

Khamis, September 23, 2010

sedih teramat sangat..

Kecewa dengan sikap orang yang celik itu..........
cubalah faham...cubalah ada perasaan sikit.
saya sedar akan kesalahan saya....... tapi takkan la sampai xnak bagi markah ...
saya sangatlah tak tahan membaca semua itu.... mungkin saya ni yang cepat tersentuh atau senstif.
sudah 1 minggu betul2 bz dengan kerja yang perlu disiapkan..latihan menari...berdepan dengan maslah xdapat cnct intrnt.. dengan melayan kerenah orang sekeliling lagi..
betul2 tekanan... saya tak tahan lagi macam ni..da lama pendam perasaan ni...
tdo pn xtentu... knpa.... .. semuanya jadi camni...
adakah dengan menangis dapat menyelesaikan semua ni.... .










Selasa, Ogos 31, 2010

teka-teki berserta jawapan.

teka teki


1.Burung apakah yang hanya boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
Jawapan: Penguin

2.Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang akan makan tepinya sahaja tetapi tengahnya tidak dimakan?
Jawapan: Kuih Donat

3.Ada satu benda, kita berdiri dia baring, tapi bila kita baring dia berdiri dan bila kita jalan dia pun ikut sama. Tapi tanpanya kita tak ke mana.
Jawapan: kaki

4.Mana lagi tua, motorsikal , kereta, bas atau kapal terbang?
Jawapan: Motorsikal

5.Banyak bas yang ada di dunia ini, tapi bas apa yang pandai?
Jawapan: Bas Sekolah

6.Kering sangat di jilat-jilat untuk buat ia basah, bila basah baru kena cucuk. Apakah ia?
Jawapan: Benang

7.Di dalam hutan ada 8 ekor burung, 4 ekor ditembak oleh pemburu, berapa yang dah lari?
Jawapan: Burung terbang bukan berlari..

8.Saya suka berada di atas air, tetapi saya tak pandai berenang mahupun bergerak. Siapakah saya?
Jawapan: Jambatan

9.Saya sejenis alat menyelam, tetapi sangat popular dari anda semua kerana saya ada dekat internet. Siapakah saya?
Jawapan: Google

10. Alkisah, dimana raja dan petani terjatuh ke gaung, siapakah yang mati?
Jawapan: Tiada yang mati meninggal sahaja.

11.Banyak-banyak kuda, kuda apa yang popular paling kurus dan nipis?
Jawapan: Kuda Kepang

12.Bunga apa yang cantik berseri dan berkembang mekar di malam raya?
Jawapan: Bunga Api

13.Tanpanya kita tak mampu berjalan melalui dinding keras konkrit?
Jawapan: Pintu

14. Dia ni bila turun sangat lah lambat, tapi bila naik sangat cepat pula. Siapakah dia?
Jawapan: Hingus

15.Mempunyai 10 kaki dan boleh terbang hingga ke barat, selatan, utara?
Jawapan: 5 Ekor Burung.

16.Banyak binatang dalam dunia ini tapi binatang apa paling pemalas tak terurus ?
Jawapan: Singa

17.Kereta banyak jenis, malah lambang kemewahan orang tapi apa yang susah untuk dicari?
Jawapan: Kereta kena curi

18.Dia mempunyai bulu lebat, isi , dan juga batang, apakah ia?
Jawapan:Jagung

19.Buku diterbalikkan jadi buku..teh di terbalikkan jadi....?
Jawapan: Jadi Tumpah

20.Kereta ini besar dan selesa, tetapi kalau kalau kereta ini diberi percuma tiada siapa mahu atau naik. Kereta apakah ia?
Jawapan: Kereta Mayat.

21.Binatang ini kaya kerna mempunyai kereta?
Jawapan: Lembu

22.Mempunyai 6 kaki, tetapi yang berjalan pula hanya 4 kaki?
Jawapan: Kuda dengan Penunggang Kuda.

23.Pokoknya nun di atas bukit ular suka bersembunyi dibawahnya, daunnya itu pula ada atau diimport diseluruh dunia tapi daunya itu cuma boleh digunakan apabila masuk dalam air. Apakah ia?
Jawapan: Teh

24. Tubuh hanya satu tapi punya 2 nyawa?
Jawapan: Ibu Mengandung

25.Masa dia hidup orang seronok gembira menyanyi, dan masa dia mati kita tetap seronok dan bertepuk tangan.
Jawapan: Lilin

26. buah apa lain dari yang lain mempunyai sikap manusia yang suka berangan sahaja ?
Jawapan: Buah Berangan

27.Si pembuat tidak memerlukanya tetapi orang lain memerlukannya, dan yang dibelikan pula tak tahu rupanya tapi tanpanya orang takkan kenal empunya.
Jawapan: Batu Nisan

28.Si gemuk banyak angin main tembak-tembak kena lantai terus kena hidung?
Jawapan: Kentut

29.Tahi apa yang tak kotor dan mudah dibawa dimana-mana sahaja ?
Jawapan: Tahi Lalat

30. Siput babi dan gonggok bertanding untuk naik ke puncak bukit siapakah yang menang dan siapakah yang kalah serta apakah sebabnya.
Jawapan: Siput babi menang tak payah pakai kasut. Gonngok kalah sebab pakai kasut kaki pula banyak.

31. Burung apa yang tak pandai duduk diam ada sahaja yang dibuatnya?
Jawapan: Burung Belatuk

32. Banyak- banyak burung, burung apa yang tak pandai pusingkan lehernya.
Jawapan: Burung Hantu

33. mengapa kucing dan anjing bergaduh.
Jawapan: Kucing duduk dalam rumah.. Anjing pula Man bestfriends

34.sebanyak-banyak binatang, binatang apakah yang sangat manja dan suka bersiar-siar bersama ibunya.
Jawapan: Anak Kanggaro

35.ada macam-macam jenis daun, daun apa yang gatal.
Jawapan: Daun Keladi



Isnin, Ogos 30, 2010

dress ku kena kebas..

saya sedih,sakit hati...marah sangat dengan orang yang panjang tangan pergi kebas dress yang saya sidai dekat luar.... huhu

kisahnya begini..dress tu saya beli minggu lepas so saya teringin nak pakai esok.. jadi saya pun basuh lah....lagipun hari cerah, panas dan terik..sesuai sekali cepat saja dress tu kering..

1. saya hanger dress tu letak penyepit lagi..supaya tak jatuh kat bawah.

2. hari brubah mendung macam hari nak hujan time tu jam2.30pm..

3. keluar nak ambil dress itu.. tapi saya terkejut bila tengok tinggal penyepit..sudahlah dialihkan penyepit tu.. mana dress berserta hanger saya tu???...

4. saya siasat dlu.. cari dress tu dulu kat bawah tapi 1 apapun saya tak jumpa.

5.perasaan kurang enak ni macam kes curi sudah ni..iyalah.. kalau jatuh mesti penyepit tu pun jatuh kat bawah..and of cozlah.. dress dan hanger tu jatuh sekali kat bawah..

6. try tanya akak cleaner tu.. kalau2 dia ada nampak.. tapi jawabanya.. tiada!


7. rasa nak nangis iayalahkan dress baru lum sempat saya pakai.bah.

8. dress tu baru saya beli.. kalau saya dah pakai 3,4x takpalah.

9... bayangkan saya jemur dress tu jam12.30pm... saya kuar nak ambil jam2.30pm.. cepat juga orang tu mencuri..huhu sedihnya hatiku ini..kenapa dia tak fikir ar..kenapa dia suka sangat nak mencuri.. mungkinlah saya tak nampak dia ambil tapi yang diatas sana nampak apa dia buat....

10.. hati saya masih sakit.. betulah malang tak berbau kan..

Tuhan saja dapat balas perbuatan dia tu...........

pasrah sajalah ...





Ahad, Ogos 29, 2010

pelik, menakutkan

saya boleh tengok.. harimau,singa,buaya makan orang tapi saya tak boleh tengok orang kena bakar hidup-hidup...

1.binatang tak ada akal..sebab itu dia menyerang manusia dan makan manusia..
2.manusia ada akal... tapi masalahnya mereka menyalahgunakan keistimewaan Tuhan bagi dengan berfikiran kolot dan kuno........ mereka fikir..mereka adalah Tuhan di bumi... berhak memberi hukuman....kepada siapa yang lain dari yang lain..... .

~sebab itu tengok orang kena bakar hidup2 seperti saya memahami perasaan mereka saat itu.........huhu kesian betul bha......
harap-harap kehidupan mereka disana diterima oleh Tuhan..Amen.


Sabtu, Ogos 28, 2010

buka puasa dengan geng ba(km)..

wa.. bestnya buka puasa ramai-ramai dekat latar siswa ...Fbmk..
hehe walaupun saya tak puasa ...tapi tetap terasa best...yeah..


Jumaat, Ogos 27, 2010

Ganges River

tengok dokumentari... di India.. ( sungai ganges) OMG..
terkejut... la... begitu rupanya...
dalam tu ada macam2...

bangkai anjing... mayat terapung.... wow..
boleh dorang mandi...berus gigi..cuci kain..
saya memang tak boleh tahan tengok yang mengelikan..
mau muntah sudah nasib saya tahan saja..

** paling menarik.. budak2 tak takut tengok mayat yang terapung tu dorang siap memain lagi.. kalau saya nampak camtu ..palis2x... la takutnya..

tapi tul lah.. bagi mereka sungai tu adalah holy river..
sebab tu mereka nda rasa geli...



Khamis, Ogos 26, 2010

SPEAK....

I wanna be like them ..who can speak English fluently and can write well too...

***
I speak Malay all the time...
I do love English .. but my English is so poor.....huhu..
it's all my fault because I was too shy to speak out...




Isnin, Ogos 23, 2010

angan-angan

saya ingin pergi tempat yang cantik....
yang ada banyak pokok epal...
yang ada tasik yang cantik..
yang ada ukiran patung yang unik dan cantik...
yang ada padang rumput yang boleh saya berguling-guling atasnya.....

hehe.....semua ini angan-angan saya saja.....

^______^y...



Ahad, Ogos 22, 2010

alkisahnya..


bergambar dekat sawah padi nenek di Kg Dambai..Papar.
Ini saja gambar kenangan time kecik disimpan oleh aunty..



yang lain rosak...akibat ribut greg yang membawa hujan ribut ke Sabah pada 26 December 1996... Keningau pun kena... habis rumah kami ditenggelami oleh air banjir... sampai sekarang saya sedih sebab tak dapat tengok gambar time baby lagi..
gambar abang..mama.. daddy....datuk.. nenek di papar..
rasa macam mau menangis... tapi yang penting kami sekeluarga terselamat dari tragedi tersebut... sebab kami balik pergi Tamparuli 2 hari sebelum kejadian..

mama cakap selang 2 rumah .. ada mayat tersisip dekat bawah tangga rumah..
menakutkan.. time tu mama kasih bersih rumah.. lumpur tebal sangat paras lutut dia..

kami pun pindah ...tinggal di kampung.. dan tak berapa lama dari itu..
sedih mau ingat balik... perpisahan kedua ibubapa saya...

time tu saya terlalu kecik tuk memahami...semua tu..
mungkin sudah takdir...
kanak-kanak riang menjadi pendiam..
takut untuk bersendirian tapi selesa bersendirian...

erm.... sebak.. biarlah sampai sini saja ...
hati ini sakit bila flashback...kisah dulu..

kin tuk diluar sana saya seorang yang riang...
seorang yang tough..sukakan cabaran.
seorang yang serabai....

tapi sebenarnya seorang yang pendiam.........
lebih suka bersendirian...
mungkin kerna itu.....saya punya ramai kawan di luar sana..
tapi kawan yang boleh dianggap kawan sebenarnya boleh dibilang dengan jari...



Sabtu, Ogos 21, 2010

rindu adik saya..

Adik saya si Mei-Mei..yang suka nyanyi lagu burung kakak tua..hehe
si adik dengan si chan-chan..heheGeram sangat si Mei sama si Ace anak buah saya tarik rambut lagi..hahaha
Ini dia aksi dibawah pokok betik...hehe...
lagi.. aksi di bawah pokok betik..hehe..




sayang adik-adikku... anak buahku... ..











fikiran....

terasa asing ......

saya bukannya pandai berkawan....
saya bukannya jenis bermulut manis...

walaupun begitu .. saya takkan pernah mau mempergunakan kawan...
demi kepentingan diri....

saya seakan mahu pergi jauh..
biar saya dengan diri saya sahaja...

tiada yang kenal....

seringkali terfikir...
mungkin saya ini yang tiada modal untuk bercerita..
mungkin saya ini budak kampungan......
mungkin bosan dengan jenis orang yang macam saya....



mungkin dengan menjauhkan diri.. dengan memendam..sahaja..
itu yang terbaik..
Kerna:
saya seakan...
serik untuk mempercayai orang..
serik untuk berjanji dengan orang..
serik untuk berkongsi dengan orang..
serik untuk terlalu baik dengan orang..
kerna akhirnya... itu suma akan menjadi modal dan peluru..
memecahkan kantung tangisku....

benarlah masa gembira banyak yang akan mendampingi...

atau diri ini yang berfikir bukan-bukan...


biarlah rasa ini ku pendam sendirian..

kerna ku tahu diatas sana sentiasa mendengar luahan hati ini...



tidur punya kerja..

gara-gara saya tertidur .... nda terpegi klaz..huhu..sob..sob..sob sedihnya la bha...
sedih dengan... diri sendiri kerana lalai... dan kerana ****....biarlah .. belajar dari kesilapann.. dan saya sedar.. I am nothing...
huhuhu.. sedih bha sampai terkuar airmata..
tapi tak mampu mau kongsi ma orang perasaan yang saya pendam ini..


Ahad, Ogos 15, 2010

Jumaat, Ogos 13, 2010

adikku

walau sedih2 ...
rasa ok sikit bila kol di uma...
dengar sora family...
rindunya.. lagi2 dengan adik bongsu saya itu.
suka menyanyi..lagu Burung Kakak Tua..
suka bergambar di Pokok Betik lagi tu..hehe
suka pergi main dibawah jemuran kain..

saya sayang family sya...



something's missing

huhu saya nda mau ini terjadi bah..


Khamis, Ogos 12, 2010

sakit perut..

hari ni saja mau 10 x jadi pengunjung setia toilet tercinta...

ponteng klaz petang..panji...

tapi amali mlm terpaksa pegi ada markah......
walau badan tak sihat.



Selasa, Ogos 10, 2010

bakar-bakar..

duduk sambil memerhati Pak Cik yang sedang membakar ranting2..daun2...di Sanggar Bahasa. sedar2 baju saya sudah berbau asap..
tapi itu sudah jadi perkara biasa..
kalau ikut nenek pergi megalab@bakar kayu, ranting di kebun sebelum tanam padi bukit .. memang panas gila... pergi pun kena pakai kasut but.. besalah banyak tunggul kayu.. tapi memang siok sangat ikut nenek pergi mindahu di Tabasan@pergi kebun atau tanah.
Rindu dengan Nenek....



Isnin, Ogos 09, 2010

tenangkan diri

Tenangkan diri seketika ...dengan tidak menyentuh hp itu.
sakit itu masih terasa dan saya tidak mempunyai mood untuk melihat apa yang terkandung dalamnya.. .
Mungkin ini jalan yang terbaik.................

kecewa

kecewa pada sikap si dia...........
terasa dia bukan seperti dulu lagi...
mengapa dan kenapa............
tiap kali saya keluar tiap kali kecurigaannya pada saya makin bertambah-tambah..
sedangkan saya jujur dengan dia tak pernah terniat untuk menduakan dia atau memandang lelaki lain... tapi kenapa dia masih fikir yang bukan2....
menuduh yang bukan2....masa jalan tiap kali itu panggilan2 darinya tak pernah sunyi..
ternyata dia tidak mempercayai saya.. mengapa... salahkah saya jalan bersama kawan perempuan bukannya saya jalan dengan kawan lelaki..
saya betul2 tertekan .... masa balik ditetapkan............
walau sejuta kali saya yakinkan pada dia, dia tetap mencurigai saya..
apa guna begini........ hati saya sakit dan sedih....
dan saya betul2 tertekan... dan rasa terkongkong....







sendiri......

ntah kenapa tiba-tiba rasa bosan sangat .........
tidak semanis dahulu lagi......
hati pun tawar sudah............
terasa ingin bersendirian...........




semangat

entah mengapa tiba-tiba saya rasa semangat stdy saya da low ni...
keja pun berlambak lum buat lagi..
ntah ke mana perginya semangat stdy saya ni... kembali lah ko.. cpt...
otak pun jem.............. kawan2 semua bz buat FYP.. saya ni baru sekerat2..huhu




Sabtu, Ogos 07, 2010

kegilaan signature



















Rindu laa.............

rindu di rumah.....
rindu my family..
rindu dengan adik bongsu saya....
rindu mau bergaduh mulut dengan adik2 perempuan saya..
rindu mau minta kejar sma c Houlin...my pet..
rindu mau makan betik dan makan sayur betik dan ubi...
rindu tilam , bantal dan patung bucuk saya........
rindu mau jalan2 di pekan keningau................
rindu dengan sekolah lama saya..
rindu dengan sahabat2 saya........
rindu dengan cikgu2 saya dulu.......
.....................................................RINDU................................................... huhu..







Hujan... best ni tdo...

kawan2 selalu ckp bilik saya bilik gua... coz gelap kan..
apa lagi jum kwn2 tdo .. best ni... sejuk
lagi ai.. memang terlebih best...hehe