Sabtu, Julai 31, 2010

teka teki

1.Burung apakah yang hanya boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?

2.Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang akan makan tepinya sahaja tetapi tengahnya tidak dimakan?

3.Ada satu benda, kita berdiri dia baring, tapi bila kita baring dia berdiri dan bila kita jalan dia pun ikut sama. Tapi tanpanya kita tak ke mana.


4.Mana lagi tua, motorsikal , kereta, bas atau kapal terbang?

5.Banyak bas yang ada di dunia ini, tapi bas apa yang pandai?

6.Kering sangat di jilat-jilat untuk buat ia basah, bila basah baru kena cucuk. Apakah ia?

7.Di dalam hutan ada 8 ekor burung, 4 ekor ditembak oleh pemburu, berapa yang dah lari?

8.Saya suka berada di atas air, tetapi saya tak pandai berenang mahupun bergerak. Siapakah saya?

9.Saya sejenis alat menyelam, tetapi sangat popular dari anda semua kerana saya ada dekat internet. Siapakah saya?

10. Alkisah, dimana raja dan petani terjatuh ke gaung, siapakah yang mati?

11.Banyak-banyak kuda, kuda apa yang popular paling kurus dan nipis?

12.Bunga apa yang cantik berseri dan berkembang mekar di malam raya?

13.Tanpanya kita tak mampu berjalan melalui dinding keras konkrit?

14. Dia ni bila turun sangat lah lambat, tapi bila naik sangat cepat pula. Siapakah dia?


15.Mempunyai 10 kaki dan boleh terbang hingga ke barat, selatan, utara?

16.Banyak binatang dalam dunia ini tapi binatang apa paling pemalas tak terurus ?

17.Kereta banyak jenis, malah lambang kemewahan orang tapi apa yang susah untuk dicari?

18.Dia mempunyai bulu lebat, isi , dan juga batang, apakah ia?

19.Buku diterbalikkan jadi buku..teh di terbalikkan jadi....?

20.Kereta ini besar dan selesa, tetapi kalau kalau kereta ini diberi percuma tiada siapa mahu atau naik. Kereta apakah ia?

21.Binatang ini kaya kerna mempunyai kereta?

22.Mempunyai 6 kaki, tetapi yang berjalan pula hanya 4 kaki?

23.Pokoknya nun di atas bukit ular suka bersembunyi dibawahnya, daunnya itu pula ada atau diimport diseluruh dunia tapi daunya itu cuma boleh digunakan apabila masuk dalam air. Apakah ia?

24. Tubuh hanya satu tapi punya 2 nyawa?

25.Masa dia hidup orang seronok gembira menyanyi, dan masa dia mati kita tetap seronok dan bertepuk tangan.

26. buah apa lain dari yang lain mempunyai sikap manusia yang suka berangan sahaja ?

27.Si pembuat tidak memerlukanya tetapi orang lain memerlukannya, dan yang dibelikan pula tak tahu rupanya tapi tanpanya orang takkan kenal empunya.

28.Si gemuk banyak angin main tembak-tembak kena lantai terus kena hidung?

29.Tahi apa yang tak kotor dan mudah dibawa dimana-mana sahaja ?

30. Siput babi dan gonggok bertanding untuk naik ke puncak bukit siapakah yang menang dan siapakah yang kalah serta apakah sebabnya.

31. Burung apa yang tak pandai duduk diam ada sahaja yang dibuatnya?

32. Banyak- banyak burung, burung apa yang tak pandai pusingkan lehernya.

33. mengapa kucing dan anjing bergaduh.

34.sebanyak-banyak binatang, binatang apakah yang sangat manja dan suka bersiar-siar bersama ibunya.

35.ada macam-macam jenis daun, daun apa yang gatal.



Tiada ulasan: